google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia

Social Icons

twitter facebook linkedin rss feed email
Photobucket

Featured Posts

Selamat datang ke laman web Rumah Sewa Malaysia, laman web ini ditubuhkan agar kita dapat berinteraksi diluar Facebook. Terima Kasih diatas sokongan

RUMAH SEWA MALAYSIA CHAT ROOM

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Wednesday, April 6, 2016

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) KPT.GOV.MY


Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)
adalah satu produk khusus yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015.

Skim ini merupakan satu insentif kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman di mana peruntukan sebanyak RM200 juta akan disediakan oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit.

Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara iaitu bagi meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini akan diselaraskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara mulai 6 April 2016.


Layari: http://ehome.kpkt.gov.my/
‪#‎rumahsewa‬ ‪#‎rumah‬ ‪#‎sewa‬ ‪#‎kpkt‬ ‪#‎ehome‬ ‪#‎malaysia‬ Rumah Sewa Malaysia RUMAH SEWA MALAYSIA







Monday, May 11, 2015

WANTED: Penipuan Kes Deposit Rumah Sewa (Hafizul Amin)

https://www.facebook.com/ha.fiz.50596 @ 浩南 = Ho nam @ Mr Cool

Rumah sewa dekat Pangsapuri Sua Kasih Tun Hussien Oon... menipu kononnya ini rumah beliau dan ingin disewakan. Meyakinkan lagi kerana mereka adalah pasangan suami isteri yang buat kerja nie. Selepas kawan saya bayar deposit RM1,600.00. kunci rumah diserahkan tetapi bila nak pindah masuk, kunci sudah bertukar! Bila dilaporkan kes ini pada pihak pengurusan, rumah ini telah lama kosong dekat setahun dan nama pemilik rumah ini bukan nama beliau. Rumah Tiada... duit melayang... Si penipu hilang dan laporan polis telah dibuat. #PDRM #Rumahsewa #kgbaru #cheras #ipd #THO











Friday, October 24, 2014

MANGSA HAMPIR DI TIPU SI PENIPU DUIT BOOKING RUMAH SEWA

Salam sejahtera,

Berikut adalah satu kes penipuan yang dapat dikesan berleluasa di internet.

Si penipu ini menggunakan nama 'Haji Seth Yati' dengan gambar yang bertukar-tukar bagi mengelirukan mangsa.

Sila laporkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan diatas kes penipuan sebegini. Ramai yang tertipu akibat terdesak mencari rumah sewa atau barangan yang ditawarkan dengan harga yang tak masuk akal.






RUNGUTAN DARI USER'S/MANGSA PENIPUAN




TINDAKAN ADMIN

Menendang, menyenarai hitam dan memberitahu kes penipuan di blog, internet, pages, group dan lain-lain saluran.